selamatkan aku!

|
Salam,

Memang senang saja nak udpate blog ni sebenarnya. Luangkan masa setengah jam pun sudah memadai utk satu entri. Bagi saya, masalahnya... bukan senang nak cari masa utk update (ini bukan jawapan kepada blog kawan saya tu). Perlukan segala tenaga dalaman, passion, emotion dan emoticons. Kalau ada rating scale macam academic journals utk impak pembaca tu, biarlah jadi dalam kategori high impact factor. Hehehe. Tapi, bukan itu tujuan saya berblog (atau bermonolog).

Apa pun, hari ni hari kedua semester dibuka setelah seminggu bercuti pertengahan semester. Rasa malas tu mestila ada, sebab fikiran ni masih teringat2 lagi cerita2 percutian ke Washington DC tempoh hari (link utk laporan lawatan), dengan tagline... "apa yang penting... kerjasama!". Macam biasa, ada sahaja kenangan lucu, yg kalau duduk2, jalan2, pikir2 dan kenang2 boleh buat ketawa sorang2. (ya.. ujian yg saya buat di facebook menunjukkan saya 69% retarded!).

Khamis ni ada satu exam sebelah waktu malam, dan otak kena ligat bekerja seminggu2 ini sebab keesokannya meeting dgn advisor sebelah pagi dan paper discussion dalam kelas yg lain pada sebelah petang. Esok pula kelas dengan kerja rumah yang tertangguh. Letih! Mana dia superheroes when I need one!

Tengok2 BBC News tadi, seronok pula jadi budak kat Thaliand ni. Ada gak spiderman datang selamatkan dia sebelum dia sempat terjun bangunan.
Teringat pula masa kecik2 saya jatuh dari pokok durian masa umur 6 tahun. Kalaulah Gaban (link), Ksatria Baja Hitam (link) dan Ultraman (link) semua tu memang wujud... sudah tentu takda parut kekal berbentuk huruf U di dahi saya ni. Kesan 16 jahitan!!

Ok. cukup setengah jam! ;)


Lator 'gators!

Tertangguh

|
Salam,

>> Sapu2, lap2... dan sempat la shopping dan tukar 'baju' baru untuk blog ni. Banyak yang nak diceritakan menyebabkan tertangguh untuk update. Antaranya percutian ke Florida dan New England. Tak banyak pun shopping macam mereka Suhaizi dan Murni. Apa2 pun, Salam Tahun Baru Hijrah 1430 (29 Dec 2008) dan Tahun Baru 2009m. Tanpa tunggu 1 Muharram dan 1 Januari, azam saya sentiasa baru (kadang2 lupa juga nk update), yang mana "hari ini perlu lebih baik daripada semalam".

>> Semoga keamanan terus kekal di bumi Gaza dan Palestin mendapat kedaulatannya. Harap gagasan Jewish State of Israel (Zionism) terus jahanam. Melalui kiriman email kawan, CBS menyiarkan laporan mengenai kebiadapan dan agenda Israel. Terima kasih CBS di atas keberanian menghadapi puak2 anti-Arab/anti-Islam/anti-palestin, sungguhpun dengan kontroversi secara tak sengaja menyiarkan aksi lucah-tak sengaja Janet Jackson semasa Super Bowl 2004. Kisah kebaculan tentera Zionis berhadapan dengan tentera Palestin ini turut di'adaptasi'kan dalam sebuah filem, Beaufort arahan seorang yahudi yang tinggal di Israel sendiri! Lihat trailer tersebut dan ulasannya oleh saudara ini.

>> Tapi hairannya, ada juga muslim yang menyokong puak Zionis ni. Lihat sini dan juga sini (6 videos) oleh indvidu yang sama, menulis "the Roots of Jihad". Dan juga tonton di sini untuk temuramah dengan pengarah institut kebudayaan komuniti muslim Itali.

>> Sama2lah berdoa untuk Malaysia dan dunia yg aman. Ooo.. politik Malaysia... kurang aman akhir2 ni.


Later 'gator!

p/s - jangan lupa vote kat sebelah tu. your votes will remain anonymous!

Cuti-cuti

|
Salam,



Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je semalam saya post last entry tu. O..rupa2nya dah hampir sebulan. Bagusla tu, kalo ikut statistik archive blog saya tu, bilangan entry menunjukkan penurunan saban bulan. Macam janjang geometri (ke?). September (4), Oktober (3), November (2) dan Disember (1). Mungkin... "0" untuk Januari 2009?



Tahun 2008 akan berakhir. Apa yang saya boleh katakan, it's very a long year. Dari awal tahun ini sehingga sekarang, banyak betul perkara yang menekan mental ni. Dari urusan mencari tempat belajar, yang menyebabkan saya hampir2 putus atas untuk berangan2 bermain salji (heheh)..., menyiapkan semakan kurikulum program pengajian yang macam never-ending story (rakan2 kerja di Bintulu faham la), sampai la apabila berada di bumi asing ini (ya.. murni, kau diangkat sebagai kaunselor bertauliah aku!).



Selama pertapaan ni, saya rajin juga meronda2 blog orang lain. Dan terserempak dgn kata2 (saya tak pasti sama ada ianya an excerpt dari hadis, quran dsb.) yang menarik minat saya ini:





"....bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya…”




Ok. Secara rasminya hanya satu entry untuk Disember ini dan sebagai penutup tirai 2008. Sebabnya, isnin ini saya akan mula berfoya2 di Miami, kemudian ke Rhode Island dan kemudian ber'ski' di Connecticut. Wow! Kalo bab bersama kawan2 ni teringatlak kenangan malam2 terakhir sebelum meninggalkan Bintulu dengan kawan2 yang x sempat2 lagi nak sambung studies :D







Jugak kisah menyelam secara sesuka hati di Semporna, Sabah pada bulan Mac 2008. Cantik Masya Allah tempat tu. Too bad tak sempat menyelam kat Pulau Sipadan walaupun hanya sepelaung je jaraknya dari tempat saya selam tu.

Ok. Sukses semuanya, ya.

Later 'gators!