Set Cadar

Rabu, 14 Disember 2011

Fitted Bedsheet Queen Size

 kod: cd001

 kod: cd002

 kod: cd003

 kod: cd004

 kod: cd005

kod: cd006

Isnin, 12 Disember 2011

Beauty of Math!

 
 1 x 8 + 1 = 9
 12 x 8 + 2 = 98
 123 x 8 + 3 = 987
 1234 x 8 + 4 = 9876
 12345 x 8 + 5 = 98765
 123456 x 8 + 6 = 987654
 1234567 x 8 + 7 = 9876543
 12345678 x 8 + 8 = 98765432
 123456789 x 8 + 9 = 987654321

---------------------------------------------------------

 1 x 9 + 2 = 11
 12 x 9 + 3 = 111
 123 x 9 + 4 = 1111
 1234 x 9 + 5 = 11111
 12345 x 9 + 6 = 111111
 123456 x 9 + 7 = 1111111
 1234567 x 9 + 8 = 11111111
 12345678 x 9 + 9 = 111111111
 123456789 x 9 +10= 1111111111
---------------------------------------------------------------

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
987654321 x 9 - 1 = 8888888888
9876543210 x 9 - 2 = 88888888888


Brilliant, isn't it?

---------------------------------------------------------

And look at this symmetry:
 1 x 1 = 1
 11 x 11 = 121
 111 x 111 = 12321
 1111 x 1111 = 1234321
 11111 x 11111 = 123454321
 111111 x 111111 = 12345654321
 1111111 x 1111111 = 1234567654321
 11111111 x 11111111 = 123456787654321
 111111111 x 111111111=12345678987654321

------------------------------------------------------------

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are
giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants
you to GIVE OVER 100% .

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:
A B C D E F G H I J K L M N O
 P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:
H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
 And:
K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%



THEN,
look how far the love of God will take you:


L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Selasa, 29 November 2011

gambar tersembunyi

                                                                                      CAN YOU SEE THE DOG?


CAN YOU SEE 10 FACES IN THE TREE


                                                                     THERE'S A FACE IN HERE. CAN YOU SEE IT?

                                CAN YOU SEE THE BABY?

                                                                          CAN  YOU SEE THE KISSING COUPLE?

                                                               THREE WOMEN

mr bean's house

jiran di syurga

Nabi Musa merupakan satu-satunya nabi yang dapat berdialog dengan Allah. Setiap kali hendak bermunajat beliau selalu menuju Bukit Tursina dan diatas bukit inilah beliau akan bertanya kepada Allah SWT.

Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah SWT, “ya Allah siapa gerangan jiranku nanti disurga?”. Kemudian Allah SWT memberi tahu nabi Musa nama orang tersebut beserta tempat tinggalnya.

Nabi Musa pun bertandang ke rumah orang tersebut, sesampainya dirumah orang tersebut Nabi Musa dipersilakan masuk oleh si pemilik rumah, seorang anak laki-laki remaja. 
Tapi tidak seperti pada umumnya remaja ini segera meninggalkan nabi Musa dan masuk ke sebuah bilik kemudian keluar dengan menggendong seekor babi, seolah tanpa menghiraukan tetamunya, remaja ini memandikan babi betina yang digendongnya tersebut penuh berhati-hati.

Kemudian setelah selesai dimandikan, babi tersebut diberinya wangian, memeluk dan menciuminya kemudian dimasukan ke bilik lagi penuh sayang. Remaja tersebut keluar lagi dengan menggendong seekor babi lagi namun kali ini babi jantan, kemudian memandikanya seperti sebelumnya.

Melihat hal ini nabi Musa pun hairan dan bertanya dalam hati, “ya Allah inikah jiranku nanti disurga”.

Setelah selesai memandikan dan mengembalikan babi jantan tadi barulah remaja ini menemui tetamunya tanpa mengetahui bahawa tetamunya tersebut adalah seorang nabi.

Kemudian nabi bertanya, “wahai anak muda, apa agamamu?”.
“Saya beragama tauhid.”, jawab remaja itu singkat.

“Lalu mengapa engkau memperlakukan babi sedemikian rupa? tidakah engkau mengetahui bahawa agama tauhid melarangnya?” Tanya nabi Musa.
“Wahai tuan,” kata pemuda itu
“Kedua babi itu sesungguhnya kedua ibu bapa kandungku. Kerana dosa besar yang mereka lakukan, Allah menghukum mereka dengan menjadikan mereka seekor babi yang buruk rupa. Adapun tentang dosa mereka terhadap Allah saya tidak tahu. sebab itu urusan mereka dengan Allah. Yang saya ketahui hal itu tidak mengubah sedikitpun kewajiban saya sebagai anak untuk berbakti kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya.”

Kemudian ia meneruskan, “walau rupa mereka telah berubah menjadi babi, mereka tetap orang tua saya, kerananya saya tiap hari berdoa agar dosa mereka diampuni dan wujud mereka kembali seperti aaslnya sebagai manusia. Namum Allah belum mengabulkan doa saya”, katanya sambil tunduk sedih.

Maka pada masa itu juga Allah menurunkan wahyu kepada nabi Musa, “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran denganmu nanti di surga. Baktinya sangat tinggi ibu bapanya. Oleh kerana itu kami naikkan Maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami. “

Allah juga berfirman: “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami maka kami angkat doanya. tempat kedua ibu bapaknya yang kami sediakan di dalam neraka pun telah kami pindahkan ke dalam surga.”

Subhanallah, doa anak soleh mampu memindahkan tempat untuk kedua orang tuanya yang telah disediakan di neraka kemudian dipindah ke surga. Maasyaa Allah, mudah mudahan kita semua tergolong sebagai anak yang berbakti terhadap orang tua kita. Amiin Yaa Rabb

rebutlah peluang ini

“Seorang Ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu.” 
Demikian ungkapan yang menggambarkan reality keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalamnya, namun reality hari ini mengiyakan wujud ramainya anak-anak yang menderhakai ibu bapa jauh sekali untuk berbuat baik kepada mereka berdua.

“Jaga orang tua susah… cerewet, macam budak-budak pun ada” dan bermacam lagi alasan yang biasa kita dengar. Ada pula yang bertelagah sesama adik beradik, siapa yang sepatutnya menjaga ibu dan bapa, lalu masing-masing mendatangkan seribu satu alasan bagi membuktikan mereka tidak layak dan sememangnya tidak wajar diberi tanggungjawab itu. 
Ramai yang mengeluh jika perlu menjaga ibu atau bapanya yang sudah tua. Seolah-olah dia melupakan dirinya, suatu hari nanti dia juga akan menjadi tua dan lemah, dia seolah-olah lupa juga ketika itu dia amat mengharapkan ihsan dari anak-anaknya. 
Menyedari hakikat berbuat baik kepada kedua ibu bapa, berbakti kepada mereka bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar, maka dengan itu Islam menawarkan nilai pahala yang amat besar bagi yang melaksanakannya. Terdapat banyak hadith yang menunjukkan perkara ini. Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:
 رغم أنفه من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة 
Maksudnya: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”[1] 
Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Hadith ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibu-bapa dan besarnya pahalanya, maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka tua dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara ini (berbuat baik kepada ibu-bapa), dia terlepas dari dapat memasuki syurga dan Allah menghinakannya.”[2] 
Demikian betapa besarnya kedudukan berbuat baik kepada ibu-bapa sehingga ia menjadi sebab beroleh syurga ataupun neraka.   
Di dalam al-Adab al-Mufrad[3] al-Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.A. yang didatangai seorang lelaki dan bertanya:
 إنِّي خَطَبْتُ امرَأةً فَأبَتْ أن تَنْكِحَنِيْ, وَخَطَبَهَا غَيْرِيْ فَأحَبَّتْ أن تَنْكِحَهُ, فَغِرتُ عَلَيْهَا فَقَتَلْتُهَا, فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ؟ قال: أُمُّكَ حَيَّةُ؟ قال: لَا, قال: تُبْ إلى اللهِ عَزَّوَجَلّ, وَتَقَرَّبْ إلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ. قال عطاء من يسار: فَذَهَبْتُ فَسَألْتُ ابنَ عَباسٍ: لمِاَ سَألْتَهُ عَن حَيَاةِ أمِّهِ؟ فقال: إنِّيْ لَا أعْلَمُ عَمَلاً أقْرَبُ إلى اللهِ عَزَّوَجَلَّ مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةْ. 
Maksudnya: “Aku telah meminang seorang wanita, akan tetapi ia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerimanya, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah bagi-ku ada peluang (diterima) taubat? Ibn ‘Abbas bertanya: “(Apakah) Ibu-mu masih hidup?” Jawab lelaki itu: “Tidak.” Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J. dan hampirkanlah diri kepada-Nya semampu-mu.” ‘Atho bin Yasar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki itu apakah ibunya masih hidup?” Jawab Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya satu amalan yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J. lebih daripada berbuat baik kepada ibu.”[4] 
Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang dilakukan, kerana itu sahabat Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r.a. bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya.  Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda:
 لاَ يَجْزِي وَلَدُ وَالِدَهُ إلا أنْ يَجِدَهُ مَمْلُوكا فَيَشْتَرِيَهُ فَيُعْتِقَهُ 
Maksudnya: “Seorang anak tidak dikira dapat membalas kebaikan bapanya, melainkan jika dia mendapati bapanya menjadi hamba (kepada seseorang), kemudian dia membelinya dan memerdekakan bapanya itu.”[5] 
Demikian betapa besarnya pengorbanan seorang bapa kepada anaknya. Sehingga seorang anak tidak akan mampu membalas kebaikan bapanya melainkan jika dia berjaya membebaskan bapanya dari menjadi seorang hamba. 
Al-Sindiy di dalam Syarh Sunan Ibn Majah berkata tentang hadith ini:
“Ini kerana hamba itu umpama seorang yang binasa, maka seolah-olah  dengan pembebasan itu, anaknya mengeluarkannya dari kebinasaan kepada penghidupan, maka jadilah perbuatan si anak itu menyamai perbuatan si bapa yang menjadi sebab kewujudannya daripada tiada kepada ada.”[6]  Abdullah bin ‘Amr pula meriwayatkan:
  جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يبايعه على الهجرة وترك أبويه يبكيان فقال: ارجع إليهما وأضحكهما كما أبكيتهما 
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw hendak berbaiah untuk berhijrah, dia meninggalkan ibu-bapanya dalam keadaan mereka berdua menangis, lalu Nabi S.A.W. bersabda: “Pulang kepada mereka berdua, dan ketawakanlah mereka semula sebagaimana kamu telah menjadikan mereka menangis.”[7]  Daripada Abdullah bin ‘Amr juga katanya:
 جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يريد الجهاد فقال: أحي والداك؟ قال: نعم, فقال: ففيهما فجاهِد: 
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W.  hendak menyertai jihad, sabda baginda: “Apakah dua ibu-bapamu masih hidup? Jawab lelaki itu: “Ya”, sabda Nabi S.A.W.: Terhadap mereka berdua laksanakanlah jihat (untuk keredhaan mereka berdua).” 
Hukum Berbuat Baik Kepada Ibu-Bapa  
Di dalam al-Quran Allah S.W.T. berfirman:
  ووصينا الإنسان بوالديه حسنا وإن جاهداك لتشرك بي ما ليس لك به علم فلا تطعهما 
Maksudnya: “Dan kami telah mengarahkan (mewajibkan) manusia (berbuat) kebaikan kepada ibu bapanya, jika mereka berdua bersungguh-sungguh untuk engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak ada pengetahun, maka janganlah engkau mengikuti kedua-duanya.” (al-’Ankabut’: 8)  
Jika dilihat kepada ayat di atas, Allah S.W.T. menyuruh manusia berbuat baik kepada ibu bapa menyusul selepas arahan mentauhidkan-Nya, perkara yang sama diulang juga di dalam surah al-Baqarah[8], Luqman[9] dan al-Nisa[10]. Al-Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti berkata:  
“Allah Jalla wa ‘Ala menyebut di dalam ayat-ayat ini, (arahan) berbuat baik kepada ibu-bapa menyusul dengan (arahan) mentauhidkan-Nya dalam melakukan ibadah kepada-Nya, ia menunjukkan tuntutan yang bersangatan kepada kewajipan melakukan kebaikan kepada ibu-bapa.”[11]  
Di dalam surah Luqman Allah berfirman:
  وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا 
Maksudnya:  “Dan jika kedua ibu-bapamu, memaksa-mu untuk mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang tidak ada pengetahuan-mu tentangnya, maka jangan kamu mengikut keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik…” (Luqman: 15) 
Dari ayat ini jelas menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa itu adalah suatu kewajipan walaupun mereka berdua tidak beragama Islam dan mereka berusaha bersungguhnya-sungguh hendak memurtadkan anaknya. Dalam keadaan sedemikian, sianak hanya diminta untuk tidak mentaati mereka dalam perkara syirik, namun ia tetap juga wajib menggauli mereka dengan baik. Jika demikian keadaannya, sudah semestinya berbuat baik kepada ibu-bapa yang muslim lebih utama walaupun mereka berada dalam serba kekurangan dari segi agama dan dunianya. Para ulama turut menekankan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ini merupakan suatu kewajipan yang sangat-sangat dituntut. 
Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu. 
Terdapat satu hadith yang masyhur diketahui oleh ramai orang iaitulah: 
الجَنَّةُ تَحْتَ أقْدَامِ الأمَّهَات
Maksudnya: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki para ibu.”  Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy (ابن عدي) dan al-’Aqiliy (العقيلي) di dalam al-Dhu’afa’ daripada Ibn ‘Abbas R.’anhuma. Tentang hadith ini al-’Aqiliy berkata ia Mungkar. Al-Albani pula berkata ia hadith Palsu[12].
Akan tetapi terdapat hadith lain yang membawa makna yang sama dengan hadith ini, iaitulah hadith dari Mu’awiyah bin Jahimah (معاوية بن جاهمة ) yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata:
  يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليها 
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”[13]  
Kesemua ayat al-Quran dan hadith-hadith bersama dengan huraian para ulama yang disertakan di atas menunjukkan kepada kita kepentingan berbuat baik kepada ibu-bapa.  Memelihara ibu-bapa yang sudah tua, bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. Mudah-mudahan tulisan yang serba kekurangan ini dapat memberikan motivasi, sesungguhnya setiap perkara yang susah itu memiliki ganjaran yang cukup besar di sisi Allah S.W.T. 

[1] Sila lihat Sahih Muslim bawah bab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab
[2] Sila lihat Syarh Sahih Muslim
[3] Al-Adab al-Mufrad adalah tulisan al-Imam al-Bukhari selain Sahih al-Bukhari. Akan tetapi hadith-hadith di dalam kitab ini, al-Imam al-Bukhari tidak mensyaratkan sahih sepertimana hadith-hadith di dalam kitab sahihnya (al-Jami’ al-Sahih).
[4] Al-Suyuthi menyebut hadith ini di dalam al-Dur al-Manthur, dan al-Albani mensahihkannya di dalam al-Silsilah al-Sahihah.
[5] HR Muslim
[6] Syarah Sunan Ibn Majah oleh al-Sindiy (2/388): melalui perantara Syarah Sahih al-Adab al-Mufrad
[7] Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah
[8]Al-Baqarah: 83
[9] Luqman: 15
[10] Al-Nisa: 36
[11]  Muhammad Amin al-Syanqiti, Adhwa’ al-Bayan fi Iydah al-Quran bi al-Quran. jld. 3, m.s. 588
[12] Silsilah al-Ahadith al-Dho’ifah wa al-Maudhu’ah, jld 2, M.S. 59, Bil. Hadith: 593, Cet: Maktabah al-Maarif Riyadh
[13] Riwayat al-Nasa’I dan selainnya. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi, diperakui juga oleh al-Munziri. Al-Albani pula menghasankan isnad hadith ini

tips terbaik

"Tempat seorang isteri (atau isteri-isteri) adalah di sisi suaminya ketika suka dan duka, senang dan susah, sihat... dan sakit, derita dan bahagia. Ketika seorang suami berhadapan dengan ujian, cabaran dan masalah maka kata-kata semangat dan doa seorang isterilah yang memberikan ketenangan, kekuatan dan kegembiraan. Maka gembiralah suami yang diberikan Allah isteri yang sebegitu. Sedih dan hampalah pula suami yang mendapat isteri yang sebaliknya. Bagi seorang suami, apa yang dilakukan bukan untuk dirinya tetapi untuk isteri dan anak-anaknya. Apabila jatuh seorang suami, maka jatuhlah maruah seluruh ahli keluarganya. Sebab suami adalah lambang dan ketua keluarga. Fikir-fikirkan..(di petik dari kata2..Dr Tengku Asmadi b. T. Mohamad)"

isteri solehah

tanggungjawab terhadap kedua ibubapa

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
KHUTBAH JUMAAT PADA
24 MEI 2002M / 11 RABIUL AWAL 1423H
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t:
Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)
Allah s.w.t melarang kita menderhakai mereka dengan sekeras-keras larangan. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai suatu penderhakaan. Menderhaka kepada ibubapa adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan ianya termasuk dalam ketogeri kabair (dosa-dosa besar). Sebagaimana Sabda Bagin Rasulullah s.a.w:
Ertinya: “Dosa yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, Menderhakai kedua ibu bapa den bersaksi dusta”

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah,
Memelihara Ibu bapa yang telah lanjut usianya, merupakan satu ujian besar kepada anak-anak. Dalam usia senja beginilah ibu bapa mengharapkan pembelaan, kasih sayang dari anak-anak untuk memenuhi keperluan sisa hidup.
Di zaman moden ini, terdapat juga segelintir masyarakat yang menganggap memelihara ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting keatas mereka. Menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih utama daripada mengambil berat keatas ibu-bapa, malah ada yang melepaskan tanggungjawab memelihara mereka bulat-bulat kepada kakak atau adiknya yang telah berumahtangga,  sedangkan dia menganggap dirinya terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Yang lebih dahsyat lagi Ibu bapa tadi dihantar ke rumah orang tua-tua atas alasan sebuk dengan tugas serta tidak dapat memberikan tumpuan kepada mereka.
Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah. Ingatlah firman Allah ini :
Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil”.     (Al-Isra’: 23-24)
Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Keredhaan Allah  bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

Sidang Jumaat rahimakumullah,
Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. 
Allah memberi penghormatan kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup sehinggalah mereka meninggal dunia. Anak-anak masih boleh menyumbangkan kebaktian sekalipun mereka telah lama terkubur. Hakikatnya, sebagaimna kita wajib berbakti kepada kedua ibu bapa semasa mereka masih hidup, begitu juga wajib bagi kita berbakti kepada keduanya sesudah mereka meninggal dunia. Ini dapat dilakukan dengan banyak beristighfar dan doa untuk mereka berdua, bersedekah, membayar semua hutang piutang serta melaksanakan semua wasiat, menghubungkan silaturrahmi dengan teman-teman serta kaum kerabat dan orang-orang kesayangan mereka. Semua ini merupakan kebaktian yang dapat kita lakukan untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia. Sabda Baginda s.a.w:   
" Berbaktilah kepada dua orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatanisteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka”

Sidang Jumaat rahimakumullah,
Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita. Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.

Sabtu, 26 November 2011

beza anatar lelaki dan wanita

LELAKI
- Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
- Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh..

BERATKAN?
- Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
- Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
- Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
- Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
- Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
- Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Menerima pusaka kurang dari lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
- Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
- Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
- Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
- Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

untuk para isteri



Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..

Isi Neraka


Tiga Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan keadaan di neraka terdapat ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat berbagai-bagai seksaan disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

Bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Wanita tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya. Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. ”

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Dalam hadis yang lain dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

1. Orang yang gemuk tapi kurus
2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa 3 golongan manusia yang akan meneriama seksaan di Neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula-mula penciptaan-Nya hingga ke berlaku hari kiamat .

Huraian untuk 3 golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Orang yang gemuk tapi kurus

Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?

Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesebukkan dalam majlis kenduri-kendara.

Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.

Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancung .

Kedua : Orang yang berpakaian tetapi telanjang

Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).

Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa wanita berpakain seksi tidak mencium bau syurga .Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. ” (Hadis Riwayat Muslim)

Syarat-syarat pakaian menutup aurat bagi wanita :

Pada dasarnya seluruh bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut

1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak tipis dan tidak jarang.
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidakketat)
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata.Sebab pakaian yang menjolok mata akan mengundang perhatian laki-laki.

Ketiga : Orang yang alim tapi jahil.

Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal. Antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.

Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.

Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan yang diharamkan Allah SWT atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya maka ulama seperti ini amat dibenci oleh Allah SWT inilah yang dikatakan ‘orang alim tetapi jahil’

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita menginsafkan diri kita dan janganlah melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa kepada Allah SWT. Berbuatlah amal soleh sebanyak-banyaknya semoga kita menjadi orang mukmin yang sentiasa diredai dan dirahmati oleh Allah SWT. Kita diberikan pilihan oleh Allah SWT untuk memilih jalan yang lurus atau jalan yang bengkuk. Jalan yang lurus adalah jalan ke syurga sedangkan jalan yang bengkuk adalah jalan menuju neraka. Orang yang cerdik pasti memilih jalan ke syurga.